Bila lelaki jatuh cinta...


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.


  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  • Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
  • Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  • Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
  • Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  • Dia cuba meluangkan lebih byk masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
  • Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  • Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmatanya untuk seorang perempuan.
  • Hidup Lelaki Lebih Mudah..Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
  • Bahasa Lelaki Adalah Berlainan..Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya,jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
  • Lelaki Suka Membisu..Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masihl ebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
  • Lelaki Tidak Kompleks..Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya,mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapil elaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.
  • Jangan Paksa Lelaki..Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.
  • Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain..Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah,harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
  • Lelaki Pentingkan Kejujuran..Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
  • Lelaki Tidak Suka Dikritik..Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sediau ntuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik dibelakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya,mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik,masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur,perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat.Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.
  • Lelaki Juga Mahukan Sokongan..Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan,sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..."dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang ".
  • Lelaki dan Ego..Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapis ebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatanapi cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika nda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
  • Sahabat Yang Paling Baik..Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda,dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.
  • Lelaki Suka Menyelerak...Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

0 comments:

Post a Comment