Lebih 1400 tahun Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang pasir dari Timur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular mengenai kurma yang amat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di dalam Al-Quran; (Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma);
Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 23]Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
”Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.
Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar”
'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar.
(Hadis riwayat Abu Daud)Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya (bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat Imam Bukhari) “.. maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku."
Amalan memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan”. Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.Ia berserat tinggi, mengandungi kalisum, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol. Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis."Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah".Kurma dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.Kurma tinggi kandungan Tannin (Vitamin B1) yangmana digunakan dalam perawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus. Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema, katar bronkus dan diambil untuk meredakan demam dan pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu amalan tradisional yang dipercayai mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan dalam beberapa rawatan tradisional.
Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.
Sabda Nabi s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.'
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
.“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah.
Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.Kuasa Mencerdaskan Otak.Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak. Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran.
Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”
Madu mengandungi Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika. Beta Karoten. Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.
Membantu melawaskan sistem pencernaan
Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
Mengurangkan parut
Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.
a. Air Yang Mulia Lagi Diberkati.Dalam peristiwa penuh bersejarah tatkala bunda Nabi Ismail ‘Alaihissallam, Siti Hajar ‘Alaihissalam berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, mencari bantuan di tengah padang pasir Makkah yang terik lagi kering bagi mendapatkan bekalan, Allah Subhanahu Wata'ala menerbitkan Air Zam-Zam berhampiran Kaabah yang sehingga kini dapat dinikmati oleh jutaan umat Islam seluruh dunia.Manfaat meminum Air Zam-Zam adalah semasa kita meminumnya dengan niat.
Hadis Riwayat Muslim.“Air Zam-Zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” Hadis Riwayat Ibnu Majah
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:"Air Zam-Zam dicipta Allah Subhanahu
Wata'ala bersifat alkali. Tanpa perlu diproses dan ditambah sesuatu, ia merupakan air yang paling berkualiti, suci, bersih lagi berkhasiat. Ia diberkati dan mengenyangkan."“Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi”
Tiada Keraguan Akan Manfaatnya.Allah berfirman:“Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi. “Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘Inilah buahnya’.
Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi.”Buah Tiin kaya dengan serat dan pelbagai vitamin dan mineral di dalamnya yang memberi manfaat kepada tubuh sehingga sendi-sendi mampu diperkuatkan..Antara manfaatnya adalah:Mengimbangi tekanan darahMerendahkan tahap kolestrolMembantu mencapai berat badan yang seimbang dan idealMembantu mengatasi angin ahmarMencegah penyakit kencing manisMemerangi penyakit kanserMencegah serangan ghout, sembelit dan buasir
Allah berfirman: “Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”
“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya..”
Al-Quran [24] Surah An-Nur [Ayat 35]Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:“Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati”- Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah
Banyak kajian ke atas Buah Zaitun memberi hasil yang memberangsangkan. Ia dipilih antara makanan yang banyak memberi manfaat bukan sahaja sebagai pengganti minyak dalam masakan, malah atas keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masakini.ManfaatnyaMembantu mengatasi masalah darah tinggiMerendahkan tahap kolestrol berbahayaMengurangkan risiko serangan kanserMenyihatkan kulitMengurangi terjadinya Trombosis dan Arterioklerosis (Pembuluh Darah Tersumbat dan Sempit)
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam.” Para sahabat bertanya “ Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam..?” Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; “ As Sam itu adalah mati..”
Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'.
Sehingga ke hari ini Habbatus Sauda’ terus menerus memberikan kejutan kepada pakar perubatan atas keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesihatan yang kronik. Keupayaannya dalam melawan bakteria dan hampir semua masalah kesihatan kronik berkaitan kulit, saraf, darah, gula, jantung dan organ-organ dalam yang lain, pakar perubatan mengakui daya penawar yang terdapat padanya. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Gelaran Raja Segala Rempah adalah kerana keberkesanannya dalam menyumbang penyelesaian masalah kesihatan dan tak lupa juga kerana harganya yang senilai dengan harga emas dipasaran!Dalam kitab Perubatan Saidina Ali’Thib Al Imam Ali’ halaman 381:“Sesiapa yang mengambil Za’ffran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan Madu, diminum sebanyak dua misqal(sudu) pada setiap hari, dia dikagumi akan daya ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir..”Selain meningkatkan daya ingatan, Za’ffaran juga dipercayai dapat mengatasi masalah usus, penyakit wabak kulit ‘bubonic plague’ dan cacar yangmana juga hasil ujikaji menunjukkan Za’ffran berpotensi sebagai anti-kanser dan agen awet muda.b. ManfaatnyaMelancarkan sistem daya ingatanMelancarkan sistem sarafMeningkatkan daya tahan penyakit dari serangan bakteria
Kemampuannya Unik.Ginkgo mengandungi flavanoid glycosides dan terpenoids (ginkgodes,
bilobades) dan digunakan secara farmaseutikal. Banyak juga yang menyatakan kemampuan nootropic atau nutrisi-bijak yang keutamaannya berfungsi sebagai penguat daya ingatan dan anti-vertiga (mabuk laut,gayat dan seumpamanya) Antara tiga kesan utamanya adalah Meningkatkan pelancaran darah (termasuk kitaran-mikro yakni saraf halus kebanyakan tisu dan organ yang tersumbat.Melindungi tindakbalas sel beroksida yang rosak dari radikal bebas Menghalang banyak kesan PAF (platelet aggregation, blood clotting) yakni darah menjadi pekat dan menyebabkan saluran tersumbat. Masalah ini menyumbang peningkatan masalah kardiovaskular, buah pinggang, pernafasan. Ginkgo juga dipercayai dapat membantu masalah kekejangan saraf.
Daun sirih
Daun Ajaib Seribu Daya.Herba pusaka warisan ini mempunyai seribu daya sebagai sumber kecantikan dan perubatan tradisional Melayu dan juga sering diguna dalam majlis adat istiadat Melayu.Dalam dunia perubatan tradisional Melayu, ia mendahului herba-herba tempatan yang lain kerana sinonim dengan adat istiadat. Keberkesanannya dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan juga tidak dapat dinafikan. Hasil kajian saintifik membuktikan Sireh mengandungi komponen-komponen aktif yang sangat tinggi nilainya seperti antioksidan, astrigen,ekspektoran, euginol, flavonoid, hydroxyl cavicol, polyphenol, sialagoga dan banyak lagi yang penting dalam bidang perubatan herba untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis.
Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Pisang boleh menyejukkan badan
dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.
Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli
kepada orang yg mengidap demam.
memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala
dengan basil yang dicampurkan air.
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing.
Ianya juga sangat berguna
untuk memanaskan badan.
Lobak merah Kegunaannya memanaskan badan.
Ianya juga melancarkan aliran haid
dan air kencing.
Biji kopi (qahwah).Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan,
baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.
Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda,
'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu'.
Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
menggalakkan pembuangan air kecil.
Makan kurma dengan timun muda
menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan.
Jintan putih yang direndam di dalam air dan
diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu.
Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu
dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
'Endive' (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas)
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan,
bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air.
Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam
dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'
Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan
dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
intipati:
* forum lubuk dot net.
*Nota Dari Utusan.net:
0 comments:
Post a Comment